Skip to content

Social Network Badges

Perhatian Kepada Para Pelajar Semester 5 Khususnya dan Pelajar Semester 1 – 4 secara amnya

PERHATIAN KEPADA PARA PELAJAR SEMESTER 5

Maaf kerana lambat memaklumkan perkara berkaitan latihan praktikal ini. Ini kerana saya perlu memperhalusi dengan betul perkara ini kerana akan ada dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan pelajar yang dibenarkan untuk memilih menamatkan pengajian dengan lebih awal (jika cukup syarat) DAN juga kumpulan pelajar yang akan menjalani latihan praktikal (tidak cukup syarat). Dan rasanya tidak perlulah perkara ini melibatkan orang luar yang boleh menyebabkan keadaan menjadi tegang. Setiap berita yang diterima perlu diselidik dengan teliti dan baru disampaikan kepada pendengar agar tidak disalah tafsir. Tak susahkan?

Berdasarkan emel bertarikh 10 Julai 2013 jam 2:06 petang, latihan praktikal adalah tidak diwajibkan. Dengan syarat, pada peperiksaan semester 5 semester Jun 2013 – Oktober 2013, anda perlu menepati DUA syarat berikut:

a) sekurang-kurangnya CGPA 2.50 dan ke atas, DAN
b) lulus semua kursus

Namun begitu, sekiranya CGPA anda pada semester lepas disekitar 2.50 hingga 2.90, anda dinasihatkan untuk:

a) mengisi borang tamat awal, DAN
b) memohon juga tempat latihan praktikal. Ini kerana, ada potensi untuk CGPA anda jatuh dibawah 2.50 WALAUPUN lulus semua kursus pada peperiksaan semester Jun 2013 – Oktober 2013 menyebabkan anda wajib menjalani latihan praktikal.

Contohnya, CGPA anda sekarang adalah 2.79 dan anda menduduki peperiksaan semester Jun 2013 – Oktober 2013. Setelah keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan, CGPA anda jatuh kepada 2.46 dan anda lulus semua kursus. Berdasarkan dua syarat yang ditetapkan, anda hanya berjaya mematuhi satu syarat sahaja, manakala satu lagi tidak dipatuhi. Oleh itu, anda perlu menjalani latihan praktikal. Sekiranya keputusan peperiksaan anda mematuhi dua syarat tersebut, permohonan tamat awal anda akan diproses.

Bagi para pelajar yang akan extend, anda WAJIB menjalani latihan praktikal.

Mudahkan? Rasanya tak perlu melibatkan orang luar pun. Anda hanya perlu BERSABAR dan baca apa yang saya sampaikan dengan teliti. Tak perlu mendengar cakap orang yang belum tentu kesahihannya. After all, kami juga yang akan menguruskan segala-galanya untuk anda. Kami tak mengharapkan ucapan terima kasih dari anda. Apa yang kami buat, adalah ikhlas. Cuma anda perlu bersabar.

Disini, saya sertakan surat makluman rasmi dari pihak FSKM berkaitan hal ini. Sekiranya anda tidak berpuas hati lagi, sila hubungi dua orang pensyarah yang tertera didalam surat tersebut.

Sekian.

Rujukan: Download here

Share Our Posts

Share this post through social bookmarks.

  • Delicious
  • Digg
  • Newsvine
  • RSS
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

Tell us what do you think.

There are no comments on this entry.

Trackbacks

Websites mentioned my entry.

There are no trackbacks on this entry

Add a Comment

Fill in the form and submit.

About Us

Twitter Status