Skip to content

Social Network Badges

PENTING! Perutusan Dari Koordinator Kursus Sains Komputer

Assalamualaikum

Perhatian kepada semua pelajar yang akan mendaftar ke Bahagian 2 dan 4 pada Semester Dis 2015 – Apr 2016, kumpulan kelas yang asal pada semester lepas (Jun-Okt 2015) terpaksa diubah disebabkan bilangan pelajar untuk satu kumpulan di Kampus Raub adalah seramai 40 orang pelajar.

Sehubungan dengan itu, saya telah membuat keputusan untuk menggabungkan antara 2 kelas dan setiap pelajar dalam kumpulan kelas tersebut perlu mendaftar semua subjek yang bakal diambil pada Semester Dis 2015 – Apr 2016, mengikut kelas yang telah saya tetapkan. Sila pastikan semua subjek yang didaftarkan adalah kumpulan yang sama. Tidak dibenarkan mengubah kumpulan kelas.

Pendaftaran untuk setiap kelas dihadkan kepada 40 orang sahaja dan setiap kelas yang digabungkan akan ada lebihan pelajar di mana pelajar yang tidak dapat mendaftar mengikut kelas yang ditetapkan perlu mendaftar kelas lain (khas untuk lebihan pelajar tadi). Saya tidak tetapkan nama-nama pelajar yang akan mendaftar ke kelas yang baru, jadi pendaftaran kumpulan yang baru adalah berdasarkan ‘1st come 1st serve’, tetapi mesti mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

Berikut adalah pembahagian kumpulan kelas yang telah ditetapkan:

Pembahagian Kumpulan Kelas bagi Pelajar Bahagian 2

Semester Dis 2015 – Apr 2016

Kumpulan Kelas Baru (Sem Dis 2015 – Apr 2016) Kumpulan Kelas Lama (Sem Jun-Okt 2015)

CS1102A

CS1101A + CS1101E (lebihan sila daftar kelas CS1102E)

CS1102B

CS1101B + CS1101G (lebihan sila daftar kelas CS1102E)

CS1102C

CS1101C + CS1101F (lebihan sila daftar kelas CS1102E)

CS1102D

CS1101D + CS1101H (lebihan sila daftar kelas CS1102E)

CS1102E

PELAJAR YANG TIDAK DAPAT MENDAFTAR DLM CS1102A – CS1102D SILA DAFTAR KELAS INI

Pembahagian Kumpulan Kelas bagi Pelajar Bahagian 4

Semester Dis 2015 – Apr 2016 

Kumpulan Kelas Baru (Sem Dis 2015 – Apr 2016) Kumpulan Kelas Lama (Sem Jun-Okt 2015)

CS1104A

CS1103A + CS1103I (lebihan sila daftar kelas CS1104E)

CS1104B

CS1103B + CS1103H (lebihan sila daftar kelas CS1104E)

CS1104C

CS1103C + CS1103G (lebihan sila daftar kelas CS1104E)

CS1104D

CS1104D + CS1104F (lebihan sila daftar kelas CS1104E)

CS1104E

CS1103E + LEBIHAN PELAJAR YG TIDAK DPT MENDAFTAR DI KUMP CS1104A – CS1104D

Diharap semua pelajar dapat mendaftar mengikut kumpulan yang telah ditetapkan untuk semua subjek yang perlu diambil. Diingatkan sekali lagi semua pelajar TIDAK DIBENARKAN memilih kumpulan dan menukar kumpulan tanpa mendapat persetujuan daripada saya terlebih dahulu. Jika ada yang berbuat demikian, saya tidak teragak-agak untuk mengubah kumpulan anda mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

Semoga mendapat kerjasama daripada semua.

Sekian, terima kasih.

-Miss Fazlin Marini
Koordinator Kursus Sains Komputer

Share Our Posts

Share this post through social bookmarks.

  • Delicious
  • Digg
  • Newsvine
  • RSS
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

Tell us what do you think.

There are no comments on this entry.

Trackbacks

Websites mentioned my entry.

There are no trackbacks on this entry

Add a Comment

Fill in the form and submit.

About Us

Twitter Status